Macam mana Ramadhan adik-beradik semua?
Yang berniaga mesti banyak jualan. Tahniah kami ucapkan.
Yang membeli pula menang membeli.
Cuma kami ingin pesan kepada adik-beradik semua, bila lapar ni semua yang di depan mata nampak sedap. Jadi belilah apa-apa yang patut supaya tidak membazir.
"Membazir itu amalan syaitan".
Masa membeli nanti selalulah ingat kata-kata di atas supaya tidak membazir.
Satu lagi, selesaikan Zakat Fitrah anda. Amil-amil zakat semuanya dah standby untuk terima zakat adik-beradik.
Tempat paling senang nak bayar, hari jumaat di masjid-masjid. Kadar zakat fitrah di Selangor tahun ini RM7 seorang.
Selamat melakukan ibadah puasa.
No comments:
Post a Comment